top of page

Mengenai ILKBS Career Fest

OBJEKTIF

  1. Menjadi sebuah platform bagi memasarkan graduan ILKBS kepada Industri yang telah, sedang dan akan menjalinkan kerjasama melalui jalinan kerjasama Penyataan Persefahaman seperti Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA);​

  2. Menjadi sebuah platform pertemuan dan perbincangan antara ILKBS dan industri bagi mendapatkan maklumbalas prestasi semasa jalinan kerjasama melalui MoU dan MoA yang akan, telah dan sedang dilaksanakan. Maklumbalas yang diperolehi daripada industri akan digunakan sebagai input bagi meningkatkan kualiti sistem pembelajaran dan pengajaran ILKBS agar selari dengan kehendak dan teknologi terkini.  Input yang diterima daripada industri perlu diteliti dan diterapkan dalam semua aktiviti peringkat ILKBS yang telah dirancang oleh BPKB melalui inisiatif Pelan Strategik KBS 2019-2021 di bawah Teras Strategik 3 - Penciptaaan Pekerjaan;

  3. Menjadi sebuah platform untuk ILKBS, Alumni dan pihak industri untuk bekerjasama mendapatkan maklumbalas berkaitan prestasi graduan yang telah bekerja di industri dan juga inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan di ILKBS;

  4. Menjadi sebuah platform bagi mengetengahkan/showcase semua potensi, kreativiti dan bakat graduan ILKBS kepada pihak industri;

  5. Menjadi sebuah platform untuk ILKBS dan Alumni bekerjasama erat dalam meningkatkan kualiti dan prestasi graduan;

  6. Menyediakan platform pendedahan dan kefahaman graduan ILKBS serta golongan sasar di sekolah-sekolah termasuklah belia berisiko (youth at risk) terhadap potensi dan peluang pekerjaan dengan industri yang telah, akan dan telah menjalinkan kerjasama mengikut bidang kemahiran;

  7. Memperkukuhkan jalinan kerjasama strategik sedia ada antara agensi Kerajaan dan swasta yang telah menandatangani MoU bersama ILKBS; dan

  8. Mengeratkan hubungan kerjasama strategik di antara Institusi, Alumni dan Industri dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan lepasan ILKBS.

Pedestrians from an Ariel View
Our Team

​Cawangan Kerjasama Strategik dan Kreatif

Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Kementerian Belia dan SUkan Malaysia

​

Ir. Ts. Dr. (Hajah) Aziyati Yusoff

Haji Eddy Shahrani Mohd Saleh

Yan Mohd Nor Alif Mohamad Noh

Mohd Hakimi Hassim

Mohamad Shalizan Ismail

Mohd Rizwan Abdul Rahim

Nor Hasnieza Mohd Udin

20201201_082147000_iOS.jpg
bottom of page